28. LEMBAGA PEMERIKSA
28.1 Pelantikan Lembaga Pemeriksa
(a) Pegawai Pengawal Kementerian/Jabatan perlu melantik
Lembaga Pemeriksa bagi membuat pemeriksaan ke atas aset
yang hendak dilupuskan.
(b) Lembaga Pemeriksa dilantik berdasarkan jawatan dan tempoh
pelantikan tidak melebihi dua (2) tahun. Keanggotaan Lembaga
Pemeriksa hendaklah terdiri daripada:-
(i) Sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai (seorang
pengerusi dan seorang ahli) yang tidak terlibat secara
langsung dalam pengendalian aset berkenaan;
(ii) Pegawai mempunyai kepakaran memeriksa aset, jika
perlu;
(iii) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan
Kumpulan Sokongan I atau yang setaraf; dan
(iv) Pegawai dari Kementerian/Jabatan lain boleh dilantik
jika perlu.
28.2 Tugas-tugas Lembaga Pemeriksa adalah seperti berikut:-
(a) Menyedia dan mengemukakan jadual pemeriksaan kepada Urus
Setia Pelupusan Jabatan;
(b) Memeriksa aset dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu
(1) bulan dari tarikh diarahkan oleh Jabatan;
(c) Memastikan segala maklumat sulit dan rahsia dalam peralatan
yang hendak dilupuskan telah dikeluarkan;
(d) Menyedia Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17;
(e) Mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai; dan
(f) Menandatangani KEW.PA-17 dan mengemukakan kepada Urus
Setia Pelupusan.

No comments:
Post a Comment