Tuesday, October 14, 2014

Pelupusan Aset : Perakuan Pelupusan (KEW.PA -16)

27. PERAKUAN PELUPUSAN (PEP) KEW.PA-16
27.1 PEP diperlukan bagi semua aset Mekanikal, Teknikal, Elektrikal dan
Elektronik seperti di KEMBARAN A dan perkakasan komputer seperti
di KEMBARAN B.
27.2 Ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada JKR atau Jabatan yang
mempunyai worksyop sendiri atau khidmat pakar-pakar khusus dalam
peralatan-peralatan tertentu untuk mendapatkan PEP.
27.3 PEP bagi perkakasan komputer hendaklah disediakan oleh Pegawai
Sistem Maklumat Kementerian/Jabatan.
27.4 Setiap PEP hendaklah disahkan oleh dua (2) pegawai yang mempunyai
pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan tidak terlibat
dengan pengurusan aset berkenaan.
27.5 Nilai semasa aset di PEP hanya sah digunakan untuk tempoh satu (1)
tahun sahaja. Sekiranya melebihi tempoh tersebut,
Kementerian/Jabatan perlu mendapatkan pengesahan nilai semasa
yang baru di PEP.

No comments:

Aspek Pemantauan Bekalan Bermasak Asrama (BMB)

KEBERSIHAN   Persekitaran Dapur dan Alatan Memasak Peralatan (rak,periuk,pinggan, gelas dll) Persekitaran Dapur...